Monday 20 May 2013



Cara Menjadi Lelaki dan Suami Romantik



1. Beri Bunga
  • Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, berilah hari-hari biasa pun tak mengapa, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. Macam orang tak betul dah..hehe
.
2. Ungkapkan Ucapan Sayang
  • Jangan pernah bosan untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… Oh ye, kalau tulis kat tisu, hati-hati gak, jangan jadi tisu tandas dah..hehe

3. Pandang Mata Pasangan
  • Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.
.
4.  Bicara Dengan Lembut
  • Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong kawal emosi ketika berbicara ok.
5. Berpimpin Tangan
  • Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . Kalau masih couple, elakkan berpegang tangan, belum Halal lagi. Sabar sikit ye. ^_^
.
6. Sentiasa senyum
  • Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.
.
7. Pakaian sedondon
  • Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pun, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…
.
8 . Kunjungi Tempat Yang Romantik
  • Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pun apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.
.
9. Memberi Kejutan
  • Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.
.
10. Memujuk
  • Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk ye. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.
Seorang wanita mesti suka bila mendapat layanan yang istimewa dari seorang lelaki. Apatah lagi kalau layanan istimewa itu dari seorang suami. Susah nak jumpa lelaki atau suami yang romantik tapi kalau dapat memang bertuahlah wanita tu.








No comments:

Post a Comment